Monday, November 15, 2010

Khasiat Minyak Kelapa Dara

RESDUNG
Minyak kelapa dara merupakan lemak tepu aktif bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. Sifat ini menjadikan minyak kelapa dara berkesan untuk membasmi penyakit yang disebabkan oleh kuman seperti resdung.

TIROD
Sifat minyak kelapa dara yang antiseptik dapat merangsang fungsi tirod dan membantu penghidap tirod samada ada penghidap tersebut mengalami masalah hipertiroidisme atau hipotiroidisme. Selain itu minyak kelapa dara turut merangsang fungsi metabolisma.

MASALAH RAMBUT
Merupkan salah satu nutrisi yang terbaik secara semulajadi untuk rambut.  Urutan di kepala menyebabkan kulit kepala bebas dari kelimumur, telur kutu dan kutu rambut. Di india ia digunakan secara meluas kerana berupaya mengantikan krim rambut secara tidak langsung membantu pertumbuhan rambut.

PENYAKIT KULIT
Bertindak sebagai pelembap yang berkesan terhadap semua jenis kulit termasuk kulit kering dan jauh lebih baik daripada krim pelembap kerana ia diresap ke dalam kulit tanpa memberikan kesan sampingan. Minyak kelapa dara membantu mengelakkan kulit menjadi kering dan mengelupas  secara tidak langsung melambatkan proses penuaan dan penyakit degeneratif kerana bersifat antiosksidan secara semulajadi. Minyak kelapa dara juga membantu masalah-masalah kulit yang lain seperti  psoriasis, dermatitis, eksim dan lain-lain Ia juga merupakan bahan asas dalam penghasilan produk kecantikan seperti sabun, lotion, krim dan sebagainya bagi rawatan kulit.

SAKIT JANTUNG
Kandungan asid laurik sekitar 50% - 70% memberi kebaikan untuk jantung, membantu mengatasi masalah kadar kolestrol yang tinggi dan tekanan darah tinggi, ini kerana lemak tepu yang terkandung dalam minyak kelapa dara tidak berbahaya sebagaimana minyak sayuran yang lain. Minyak kelapa dara mengurangkan timbulnya maslah kecederaan di arteri dan membantu aterosklerosis, selain itu ia turut megurangkan penigkatan kadar LDL.

MASALAH BERAT BADAN
Mengandungi asid lemak rantai serdahana yang dapat membantu sistem pencernaan, masalah tirod, dan sistem enzim, seterusnya meningkatkan kadar metabolisma dengan mengurangkan tekanan kepada pancreas, membantu pembakaran lemak untuk menghasil lebih banyak tenaga secara tidak langsung mengatasi masalah berat badan.

SISTEM PERTAHANAN BADAN
Membantu memperkuatkan sistem pertahanan badan kerana ia mngandungi lipid antimikrobial, asid laurik, asid kaprat dan asid kaprilat yang anti kulat di samping mempunyai sifat anti virus yang kuat. Sistem dalam badan manusia akan menukarkan asid laurik menjadi monolaurin yang diperlukan oleh badan untuk melawan virus dan bacteria yang menyebabkan penyakit seperti herpes, influenza, dan cytomegalovirus.

MASALAH PENCERNAAN
Membantu dengan mengelakkan masalah di dalam sistem pencernaan seperti sindrom kerengsaan usus besar kerana sifatnya yang anti mikrob ( bakteria, kulat, parasit dan lain-lain ) disamping membantu badan menyerap zat-zat lain seperti vitamin, mineral dan asid amino.

MERAWAT LUKA
Minyak kelapa dara berkesan pada luka kerana mempercepatkan penyembuhan dengan memperbaiki rakaian dan sel-sel dalam badan telah yang rosak.

MENCEGAH JANGKITAN
Menurut sebuah pusat penyelidikan, Minyak kelapa dara membunuh virus yang menyebabkan influenza, campak, hepatitis, herpers, SARS, dan juga membunuh virus yang menjadi punca kepada sakit telinga, infleksi kerongkong, jangkitan saluran kencing, pneumonia dan gonore. Minyak kelapa dara juga berkesan dalam mencegah kulat dan ragi yang menyebabkan candida, jangkitan kulat keronik, ruam lampin.

MASALAH HATI
Kehadiran trigliserida rantain serdahana dan asid lemak berfungsi  dengan memudahkan penukaran zat kepada tenaga apabila ia sampai ke hati menyebabkan bebanan pada hati berkurangan serta mencegah penyimpanan dan pengumpulan lemak pada hati, ini secara tidak langsung mencegah penyakit hati.

MASALAH BUAH PINGGANG
Membantu dalam mencegah penyakit buah pinggang dan hempedu seta memecahkan batu karang.

MASALAH DIABETES
Membantu mengawal kandungan gula dalam darah, meningkatkan rembesan insulin, membantu penggunaan glukos dalam darah dengan berkesan secara tidak langsung mengurangkan kelikatan darah dan menyebabkan peredaran darah lancar, serta mencegah dan mengubati masalah kencing manis atau diabetes.

MASALAH TULANG DAN GIGI
Keupayaan minyak kelapa dara membantu mengalakkan tubuh untuk menyerap zat dan mineral penting termasuk klasium dan magnesium secara tidak langsung mampu memberi faedah kepada tulang , terutama mereka yang mengalami masalah osteoporosis semasa usia lanjut, membantu dalam membentuk gigi yang kuat dan masalah kerosakkan gigi.

MENCEGAH KANSER DAN HIV
Adalah diyakini minyak kelapa dara mampu merencat pembiakkan virus HIV dan kanser penyakit.



















No comments:

Post a Comment